Friday, March 1, 2013

Wajib pilih makanan yang halal

Satay Grill mengutamakan kebersihan dan kesecuian makanan, pengesahan HALAL bukti komitment kami.

Satay Grill dibungkus dan disimpan dengan cara yang paling bersih
bagi memastikan kualiti dan rasanya adalah pada tahap yang paling baik...
 HALAL... lebih SEDAP dan SIHAT.

Tuntutan mencari yang HALAL banyak disebut dalam al-Quran dan Hadis.

Ibnu Masud RA meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda :

طلب الحلال فريضة على كل مسليم
Mencari yang HALAL itu sangat wajib atas setiap muslim”

Sabda Nabi SAW lagi :

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور متشا بهات
HALAL itu jelas dan haram itu jelas. Di antara keduanya beberapa hal yang samar-samar”

Nabi SAW bersabda :

من اكل الحلال أربعين يوما نورالله قلبه وأجرى ينابيع الحكمة من قلبه على لسانه
Barangsiapa memakan HALAL selama empat puluh hari, maka Allah menerangi hatinya dan mengalirkan sumber-sumber hikmah daripada hatinya ke lidahnya”

Sa’ad pernah meminta kepada nabi agar meminta kepada Allah supaya doanya berkesan. Maka nabi bersabda:
أطب طعمك تستجب دعوتك
Baikkan makananmu, maka doamu dikabulkan”

Dalam riwayat ibnu Abbas RA disebutkan:

أن لله ملكا على بيت المقدس ينادي كل ليلة من أكل حراما لم يقبل الله صلاته مادام عليه
Sesungguhnya bagi Allah ada seorang malaikat di atas baitul maqdis yang berseru setiap malam “ Barangsiapa memakan haram, maka tidak diterima daripadanya sunat mahupun fardhu”

Terdapat 500 ayat al-Quran berkaitan HALAL dan haram yang menyentuh keseluruhan aspek kehidupan.

Manakala terdapat 30 ayat al-Quran yang mengandungi perkataan HALAL.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ (١٦٨)
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al Baqarah 2:168)


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقۡنَـٰكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ (١٧٢)
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang HALAL) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Al Baqarah 2: 172)


فَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَڪُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَٱشۡڪُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ (١١٤)
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang HALAL lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (An Anahl 16: 114)


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَٱعۡمَلُواْ صَـٰلِحًا‌ۖ إِنِّى بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ۬ (٥١)
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi HALAL dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Mukminuun 23: 51)

Makan makanan yang HALAL adalah wajib. Menyediakan makanan yang HALAL juga wajib. Satay yang disahkan HALAL telah kami usahakan, memilih satay yang disahkan HALAL menjadi tanggungjawab semua...pilihlah Satay Grill yang telah disahkan HALAL lebih SEDAP dan SIHAT.